Satu cawangan kampus Universiti Teknologi Petronas dicadang ditubuhkan di Sabah bagi melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang teknikal industri minyak dan gas.<br /><br />Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beliau sebelum ini pernah berbincang dengan Yayasan Sabah bagi tujuan itu dan optimis ia mampu dicapai.